Nuffnang Adds

Radio Islam Nusantara


Tuesday, June 21, 2011

Kembali Dari Perjalanan Jauh



Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Sabah

Setiap dari kita menginginkan yang terbaik dalam hidup kita.Lebih-labih lagi saat melalui perjalanan hidup di dunia yang fana ini.Perjalanan hidup yang tidak seberapa berbanding kehidupan kekal di alam seterusnya.

Setiap orang tidak akan dapat menafikan kebenaran saat kematian.Sebagaimana kita menjadi sebahagian penghuni dunia yang fana ini, setelah melalui kehidupan di alam rahim.Dari alam fana dunia, kita akan berhijrah ke alam kubur kerana itulah hakikat hidup.Hidup itu sendiri adalah pasangan kematian.Kemudian kita ke alam barzah dan berakhir di alam akhirat yang kekal .