Bulan Purnama Menjelang Adilfitri |
Dua Hari menjelang Syawal bilangan jemaah Terawih semakin berkurangan.Sudah menjadi tebiat buruk kebanyakan orang islam seminggu menjelang Adilfitri solah terawih akan beransur lenggang.
Kebanyakannya sibuk dan ghairah membuat persediaan .Hingga mengutamakan yang tidak utama di bulan yang mana sesuatu perkara itu tidak utama.Bulan Ramadhan sebaiknya bulan amal ibadat bukan bermegah-megah dan membazir.Tetapi itulah realiti umat islam hari ini.Contohnya, kerana asik menyediakan sebanyak mungkin jenis kuih akhirnya ibadat rukun ketinggalan seperti solah Isyak dan Subuh.Tertinggal solat terawih yang hanya ada 30 hari dalam setahun.Ada semalam pula dalam Ramadhan itu lebih baik dari seribu bulan(83 tahun lebih).Ia ini malam lailatulqadar.
Pelbagai kuih muih di jual |
Ramadhan sebenarnya mengajar kita betapa suasana islam itu memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan ilmu islam yang kita tahu.Dalam Ramadhan kekadang individu yang tidak pernah solah pun dapat dan punyai kekuatan untuk solah Isyak dan Terawih.Terawih pula sampai 20 rakaat.Itulah kepentingan suasana islam dalam masyarakat kita kalau kita ingin masyarakat mempunyai kekuatan iman melaksanakan apa yang dia tahu mengenai islam.Tidaklah ilmu itu menjadi sekadar maklumat .Tapi hari ini hampir 24 jam suasana dunia di hidupkan di mana-mana akhirnya umat melupakan amal ibadat.
Ada ketikanya aku termenung merenung jalan di depan masjid selepas terawih memikirkan Ramadhan yang akan berlalu.Apakah akan ada kekuatan seprti dalam bulan Ramadhan ini untuk terus mengabdikan diri ke hadrat Allah Swt.Persoalan itu amat merisauakan aku.Maka lahirlah sajak ini sebagai cetusan hati yang juga doa kecil dari hamba yang kerdil ini.
|
Ramadhan
Di hadapan begitu berat dan berliku
kelak
kemampuan iman diri
menyentuh resahku
mampukah aku mengenal diri lagi
sujud di hadapan Ilahi
"Ya Allah swt...!
janganlah hati kami resah
ditumbuhi ilalang duniawi
fikir kami menerawang
dipenuhi indah bebayang dunia
penuh tipu daya
Ramadhan
berikan aku kekuatan
menukang peribadi
mengenal diri
sujud bermunajat kepada-Nya
pimpinlah kami
agar mengenal kebatilan dan kejahilan kami
dalam dunia yang sekadar bayang-bayang ini
serami kami dengan hidayah
agar kami mudah
berada dalam hati-hati kami
menyebut namamu
Jauh perjalanan ini tidak melupakan kami
akanpersinggahan ini
yang menyulap kami
dengan keinginan seketika
agar kami kembali ke negeri akirat
tanpa kesal
dan kami kembali dengan keampunan dan rahmat-Mu
menuju surga Firdausi-Mu
selamatkanlah kami
ahli keluarga kami
dari perit siksa kubur
adan azab kekal neraka jahanam.
Utuh Karya Jaya
Putatan,Kota Kinabalu
08.09.2010
Bosskecilku tidak puasa....? |
No comments:
Post a Comment