Dusun Mangga dan Durian Yang Terbiar |
Pondok Rehat di Lereng Bukit |
Menatap paya kerinduan menyapa
Ayah dan ibu tercungap-cungap
Melepaskan lelah petani
Ibu yang tidak henti menghulurkan tangan
Membina impian anak-anak bersama
Meski gering
Hasil tani di jinjing
Menawar kerendahan hati
Sebuah pondok usang
Tempat ayah dan ibu
Mengesat peluh pekat
Menyuapi kami
Membekalkan kami dengan material
Ke gedung-gedung ilmu
yang materialistik
Hari ini pondok usang
Tetap Setia Menyapa ingatan kami
Mulus kami dari kota
Mengimbau kudrat tua ayah dan ibu
Saat anak-anaknya berjaya
Entah ke mana
Walau sekadar sekali semusim perayaan
Utuh Karya Jaya
Taman Ketiau
21/01.2010
Setiap kali berkesempatan balik kerumah ibu di Keningau,pondok usang di lereng bukit tidak pernah lepas aku kunjungi.Walaupun tidak di gunakan lagi.Begitujuga perigi berdekatan pondok yang tertimbus kerana banjir kilat.
Keadaan kebun turut tidak terurus dan agak menakutkan sejak banjir menghanyutkan kawasan pertanian kontan kawasan datar di kaki bukit.Kawasan datar yang subur guna memenuhi keperluan keluarga dan memenuhi permintaan sayur-mayur pekerja kilang papan lapis berhampiran.Namun setelah di hanyutkan banjir kawasan yang tersisa banjir ibu penuhkan dengan pokok betik
Betik Taiwan |
Sama aje |
Namun ibu tetap sibuk dengan kerja barunya membuat keropok tradisi di samping berkebun unuk keperluan sendiri.Menjelang raya baru-baru ini permintaan keropoknya mula datang dari luar daerah Keningau seperti Kota Kinabalu.RM 7 untuk setengah kilogram menyebabkan ibu dan kakak ipar sibuh sepanjang bulan ramadhan.
Untuk adik di Selanggor Salam adilfitri dari kami sekeluarga
Senyuman Muhammad Firdaus |
Utuh Karya Jaya
27/9/2010
No comments:
Post a Comment