Cuping telinga masih memerangkap lantang retoriknya
menebar segenap lelorong kampung kami
memujuk hati
setiap kami bersatu dibelakangnya
membangunkan iasme
menegakkan pengaruhnya
berterik hari
berdingin malam
memerah upaya kemenangan
berhimpun bersorak mengangkat tangan tergenggam
membenihkan harapan
dari tekad dan kobar politikus
kami bersama menyapa salam
setiap jelata
membaja janji
membina keykinan kami
kami bersama memacakkan bendera'merentang sepanduk
banner ke gergasi selogan dan potret
dengan kerja keras tulang kering kami
Tidakkah dia yang mesra menjejaki jemari salaman kami
memeluk manja nenek datu kami yang uzur tua
mengusap anak-anak kami
merendah diri
tidak takut memijak jejantas buruk kami
menaburkan janji pintu ke pintu
melakarkan keutuhan kampung
Tidakkah dia telah berada di puncak
dan tidak kita temukannya lagi
menghulur salam
bertanya khabar saat rumah kami renyuk
dirobohkan jentera berat
kami terkontang-kanting mencari perteduhan
saat mereka berkata jelata lebih di utamakan
Tiba-tiba mereka datang
menawarkan rumah sewaan seumur hidup
yang mereka sulap dengan janji hak-milik
sebagai selogan keperihatinan
Utuh Karya Jaya
22/08/2010
Tombovo,Putatan
Idea sajak ini lahir saat menyaksikan kampung dalam gambar di atas di robohkan dengan jentera berat.Tapi gambar dapat saya ambil hanya setelah kerja menghancurkan rumah orang kampung selesai.Saya kebetulan sering melalui jalan raya berhampiran berulang alik ke Hospital kerana melawat anak adik.
Kampung ini lebih lama dan ramai penghuninya berbanding kampung saya yang di robohkan dua bulan (rasanya) sebelum itu.Ramai orang tidak percaya kerena ianya kampung kubu kuat politikus yang berkuasa sejak sekian lama.
Mugkin kerena kekalang-kabutan mencari rumah sewa menyebabkan kejadian yang menimpa perkampungan kami tidak dapat mencetuskan apa-apa.Tetapi di cetuskan kemudian oleh kampung lain.Tapi akhirnya segala isi dalam sajak ini lahir dari pengalaman yang orang kampug lalui.Tentang azam calon parlimen mempertahankan kampung kami sebagai perkampungan melayu sekitar bandaraya dan saya masih ingat bila orang kampung heboh memperkatakannya.Saya sepontan menjawap;
"kalau belum menang memang ia,tapi lihat kalau dia menang nanti.."
Sampai saya melafakan kalimah jahiliah ini;
"kerat jari saya kalau di kota apa yang dia kata"
Hakikatnya,tidak sampai dua bulan selepas kemenangannya,kampung kami dirobohkan
Begitulah,pengalaman pertama saya tidak membawa saya kepada IMPIAN PALSU JELATA tetapi dibangunkan dengan melihat kemusnahan perkampungan lain.Dan hanya sempat saya lukis dengan kata-kata dua tahun selepas kejadian sebenar yang saya alami
Utuh Karya Jaya
Putatan,Sabah
7:35 AM 8/22/2010
Cerita pengunakan nama wanita dalam sajak saya yang tersiar dalam media cetak, akan saya bawakan bersama sajak yang sempat saya baca penyiarannya
M.Firdaus |
No comments:
Post a Comment