Nuffnang Adds

Radio Islam Nusantara


Thursday, August 12, 2010

Selamat Datang Ke blogger PENA SAJAK




Selamat Datang Ke blogger PENA SAJAK
  Beberapa hari sebelmnya saya berbual-bual dengan rakan mengenai blog.Kebetulan ada beberapa rakan lain mendapat khidmatnya secara percuma.Saya melihat kemampuannya membina rakan atau link dengan begitu cepat sekali sekalipun blogger yang di buatnya belum memakan masa selama sebulan.

  Aku meluahkan apa yang menghantui saya selama ini tentang blog yang langsung tidak pernah di kunjungi orang.Menyebabkan saya membiarkan blog begitu saja tanpa penylenggaraan.Orang kata kehilangan motivasi untuk menulis.

  Beliau menasihatkan saya untuk membuat blog mengenai setiap bidang yang kita tahu.Berkongsi dengan sesiapa saja tentang pandangan dan pengetahuan kita tentang suatu bidang.Kita tidak boleh melihat pengetahuan kita tidak bernilai atau terlalu remeh,kerana dalam sesetengah setuasi ianya amat berguna kepada orang lain.Terutama yang cinta kepada pengetahuan.

  Kemudian saya tergerak untuk membuat blog mengenai kumpulan-kumpulan sajak saya.sajak yang sekian lamanya saya tulis dan tidak mendapat mendapat pendedahan di media cetak dalam Malaysia.Kebanyakanya sajak ini berpartisipasi di media cetak mahupun elektronik di negara jiran.Beberapa buahnya pernah memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan dengan mengunakan nama wanita.Diterbitkan di media cetak juga dengan mengunaan nama wanita.

  Melihat kepada realiti pembaca tidak suka pembaca artikel berjela-jela kecuali pengkhususan dan keinginanyang tinggi,saya menghadkan tiga ke lima saja setiapkali tanpil.Cuba membawakan pergolakan dan setuasi waktu persekitaran dan diri saya sendiri sewaktu menulis sajak-sajak tersebut.Moga-moga Allah SWT memberikan saya kekuatan ingatan untuk mencatat apa yang seadanya di balik lahirnya ungkapan kalimah tersebut.Jadi selain sajak saya akan menyelitkan catatan ringkas persoalan yang cuba di angkat oleh sajak tersebut.Disamping pencetus kepada lahirya sajak itu.

  Manakala ruang iklan dapat juga mendatangkan sesuatu kepada saya secara ikhlasnya tertama sekali semangat untuk menulis.Iklan yang ada di bekalkan oleh Nuffang.com.my (advertising)dengan bayaran sekali klik 50 sen Malaysia Ringgit.Namun untuk permulaannya ini mungkin tidak dapat di aktifkan lagi kerana masih baru.Pengaktifannya memerlukan waktu.

  Dengan terbitnya blogger PENA SAJAK ini ianya dapat membuka lembaran penulisan karya-karya hasil tulisan saya sejak bertahun lamanya ke tatapan pengiat sastera.Disamping dapat pula saya menampung keperluan hidup saya sekadarnya melalui advertising melalui klik pengunjung.Kebetulan saya tidak ada pekerjaan dewasa ini,yang sedang cuba beralih bidang dari kerja-kerja berat kontraktor kepada perkhidmatan berasaskan design seperti kad nama,letterhead,template dalam psd dan lain-lainnya.
  Citra Pena Rasa
    (31/07/2010)
Putatan,Kota Kinabalu,
Sabah


No comments:

Post a Comment