Nuffnang Adds

Radio Islam Nusantara


Saturday, August 21, 2010

Pena Sajak:Nama Wanita Dalam Sajak


MIMPI HATI

Aku ingin bermimpi
Dalam malam kelam
Damai
Dan penuh cinta
Penuh Cita
Saat hari-hari kian tenat

Aku ingin bangkit
Di awal hari
Tika resah mengalir bersama wudhu
Atas sejadah
Mengugut malam dengan argumentasi basi
Aku ingin sekali
Hati penuh cinta
Tika Kembali kepada-Nya
Sekalipun nyawa jadi galang ganti


Cafe Sky Dome
Kompleks Karamunsing,Kota kinabalu
28.2.2008




 Sajak ini terbit di Utusan Borneo dua tahun lalu.Kali terakhir aku menghantarkan karya ke media cetak.


Pengunaan nama wanita sebenarnya bukan satu kebetulan dalam sajak saya ke media massa.Ianya satu ekspremen saya setelah gagal berulangkali menembusi media cetak dalam negeri.Media cetak utama negara lebih dahulu melakukannya.

   Media elektronik dalam rancangan Hud-Hud Burung Pungguk pertama kali dan terakhir kali sajak saya di bacakan.Saya mendapat RM 30 sebagai honorarium.Manakala media cetak utama negara dalam Makalah Mustika juga saya mendapat RM 30 (cek).Selepas itu segalanya agak mustahil untuk saya bersilatulrahimi di media-media utama.Paling menyakitkan bila makalah yang kita langgani bertahun pun tidak pernah menyentuh sajak-sajak dan cerpen saya.Walhal dalam dewan sastera terlalu banyak artikel memberi galakkan kepada penulis muda masa itu.Tapi karya saya tidak dapat melihat kebenaran sekian banyak artikel yang lunak-lunak di dalamnya.

   Saya beralih ke media massa dalam negeri.Dalam tahun 1997 ke 1999 ada beberapa sajak saya tersiar.Walapun tidak mendapat apa-apa bayaran,saya syukur sajak saya tersiar.Itu lebih bernilai kepada saya ketika itu.Saya mengunakan banyak nama pena tika itu seperti Sastera Wisastera,Citra Pena Rasa,Dasiddamn,Ogie Marokie dan lara Bijara.Tapi Sastera Wisastera yang beberapa kali tersiar di media cetak tempatan.

   Setelah diam hampir 6 tahun saya menghantar karya saya tetapi kali ini saya tidak berjaya seperti sebelumnya.Saya beralih ke radio bebas berbahasa melayu di luar negara.Dan juga radio daerah negara jiran yang dapat saya ikuti dari pedalaman Sabah.Hampir kesemua sajak saya di bacakan dan mendapat teguran.Dan ada ketikanya pertanyaan kerana saya sepenuhnya menulis dalam bahasa melayu Malaysia.Jadi ada sedikit perbezaan kalimah.

   Sekali dua menulis ke makalah negara Brunei dan setiap penerimaan karya saya akan mendapat surat balasan yang istimewa kertas dan keterampilannya menyatakan karya saya akan di kaji untuk penyiaran sama ada layak atau tidak.saya pun tidak pasti layak atau tidak kerana makalah itu tidak terjul di Malaysia.Saya memperolehi alamatnya dari rakan yang bekerja di Brunei.

  Begitu juga setuasi dan layanan yang di berikan makalah Bulanan berbahasa inggeris dari negara Iran.Alamatnya saya dapat dari Perpustakaan negeri.Pengalih bahasa sajak saya rakan sekerja adik saya di KFC.Pun saya tidak dapat memastikan sama ada layak atau tidak tetapi mereka ada memberitahu melalui email akan penerimaan karya saya.

  Tahun-tahun diam saya dari menghantar karya sebenarnya kerana menjaga  ayah yang terlantar menderita penyakit kanser.Tapi saya masih aktif menulis.Sumber Insparasi saya Radio Sabah,Radio Bebas dan radio daerah negara jiran bagi mendapatkan maklumat semasa dalam dan luar negara.Bila tidak ada wang di poket mula terfikir menulis secara konsisten setiap minggu untuk mendapatkan honorarium.Setidak-tidaknya dapat memberi kertas taip,sampul surat,setem dan lain yang berkaitan.Tapi percubaan saya hampir setahun tidak berjaya.Akhirnya adik-beradik yang bekerja menghulurkan sepuluh-dua puluh ringgit untuk melangsungkan minta saya dalam penulisan.Mana-mana buku masa sekolah yang boleh guna aku guna sepenuhnya.Jimat kos.

  Setelah ayah wafat,aku berhijrah ke ibu negeri kerana ingin di cabaran idea di persekitaran hidup yang lebih beragam.Tidak lama di ibu negeri,saya mengikuti sayembara penulisan puisi berunsur islam dan untuk pertama kalinya saya mengunakan nama wanita.karya saya memenangi hadiah sagu hati sebanyak RN 250.Lucunya karya yang memenangi hadiah saguhati itulah yang selalu di tolak oleh media cetak selama ini.Syukur,duit itulah menjadi mas khawin saya menikahai wanita dalam sajak-sajak saya.Itulah kehendak Allah SWT.selepas itu setiap sajak saya yang di kirim ke media cetak akan tersiar tetapi menggunakan nama isteri saya.

  Di situ permulaan pengunaan nama wanita dalam sajak-sajak saya sehingga hari ini.Satu ekspremen saya yang pertama di sayembara puisi dan berjaya sehingga ke hari ini.Bila saya cuba mengunakan nama sebenar saya ternyata saya gagal.Jadi saya nekad mengunakan nama wanita dalam setiap karya saya dalam negara.Tapi di luar negara seperti Kompas,tempo dan lainya saya guna nama sebenar saya.

 

No comments:

Post a Comment