Nuffnang Adds

Radio Islam Nusantara


Thursday, November 25, 2010

Pena Sajak:Adiladha Di Kampung

Buras Pulut yang senomin dengan bugis
Salah satu makanan penting kepada keluarga bugis bila menyambut raya.Tanpa buras macam hilang sesuatu hidangan dalan sekian banyaknya hidangan di hari raya.Buras pulut,buras nasi dan tapai manis(sekarang orang panggil tapai madu) semua boleh di nikmati di hari raya sahaja.terutama di rumah keluarga bugis

Masjid Pekan
Jalan masuk kampung cuma 3 kilometer dari pekan utama
Dah bertahun tapi tidak ada air
Mungkin Menjelang Lima tahun baru ada air pula

Kali ini blik beraya ke kampung,tapi naik pengangkutan awam.Kerana suasana tidak semeriah dan segelojoh adilfitri jadi perjalanan lebih meyakinkan  dengan pengakutan awam.

   Dalam bulan ramadhan,iman surau menasihatkan agar tidak  mendengar radio atau television kerana 14 hari sebelum raya media ini sudah mengheboh-hebohkan raya.Jadi ghaira raya memadamkan ketekunan amal di bulan ramadhan.Juga melonjakkan perasaan ingin sampai cepat ke kampung.Yang berniaga memaksa diri mengaut sebanyak mungkin pelanggan yang kembali kekampung beraya.Sudahnya kemalangan di sana-sini.Masjid surau lengang kerana jemaah grairah membuat persiapan raya 14 hari lebih awalan.Sudahnya bulan amal di bulan ramadhan di sia-siakan.Adanya lebih suka pesta di adilfitri dari mengisi adilfitri itu dengan amal di bulan ramadhan.

   Tapi adiladha lebih tenang.Lebih santai kalau naik pengangkutan awam.Cuma agak susah nak solat adiladha kerana di kampung saya tidak ada masjid.Ramai orang muslim tetapi kebanyakan kerja kilang.Penduduk kampung ramai juga orang islam tetapi tidaklah terfikir nak bina masjid.Kena ke pekan dengan tampang RM 3 dalam jarak 3 kilometer.Mahal......Ada bayangkan nak beli tanah tepi jalan kemudaian wakafkan buat masjid tetapi mana saya ada duit....Kalaulah ada dermawan sanggup fikirkan itu alangkah baiknya.Tetapi kalau iman tidak ada tidak nampak kepentingan perkara ini walapun jutaan ringgit duit dan punya pendidikan islam yang baik dan sempurna.Kerana pendidikan itu sekadar maklumat,tidak dapat membawa amalan kalau tidak ada iman

  Di lain post saya ingin bawakan sajak saya yang bersangkutan dengan sepi.Jadi saya bawakan beberapa gambar uang mewarnai adilfitri di kampung saya

Masjid Pekan bersebelahan padang bola

tanah perkuburan jln durok
Tapai Manis hidangan penting di hari raya





Kompleks KWSP





Agak sukar mengepost konten baru kerana notebook saya saat ini masih berada di kedai.Kalau ada kesempatan saya akan post ceritan berkaitan dengan adiladha lagi.

utuh karya jaya

No comments:

Post a Comment